SOALAN LAZIM
Pengauditan adalah proses di mana individu yang kompeten, bebas mengumpul dan menilai segala bukti mengenai maklumat yang berhubung rapat dengan entiti ekonomi yang spesifik untuk tujuan mengenalpasti dan seterusnya melaporkan tahap pertalian di antara maklumat yang dikenalpasti dengan kriteria yang telah ditetapkan.
Pengauditan dijalankan untuk memastikan setiap organisasi mematuhi undang-undang dan peraturan serta memastikan tadbir urus organisasi mengikut amalan pengurusan yang terbaik. Selain itu, kerja pengauditan juga akan mendedahkan faktor atau elemen yang tidak mendorong kepada kecekapan, keberkesanan, dan ekonomi berhubung dengan kewangan.
Secara umumnya, skop pengauditan merangkumi keseluruhan aspek pengurusan di setiap organisasi termasuk kewangan, pematuhan dan prestasi. Secara khususnya, skop pengauditan adalah berkaitan dengan liputan audit, antaranya Pusat Tanggungjawab, kenalpasti lokasi, bahagian, aktiviti, proses, tempoh/ tahun pemilihan audit. Semua perkara ini adalah merujuk kepada tajuk pengauditan.
- Kerja-kerja Awalan
- Initial Conference
- Kerja-kerja Pengauditan
- Pertanyaan Audit
- Exit Conference
- Laporan Akhir
- Pembentangan Laporan Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit
- Pembentangan Kertas Makluman Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti
Audit berlangsung samada untuk beberapa hari sehingga beberapa bulan. Tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada skop auditan, kemudahan mendapat maklumat yang diperlukan, jumlah juruaudit yang ditugaskan untuk auditan tersebut dan kualiti perekodan auditi. Hubungan kerja yang positif di antara pelanggan dan juruaudit adalah faktor penting dalam ketepatan maklumat yang dikumpulkan dan penyelesaian auditan mengikut jangkaan masa yang ditetapkan.
Setiap proses audit mempunyai skop dan objektif yang ditetapkan. Mana-mana juruaudit yang meminta maklumat daripada anda mestilah boleh menjelaskan tujuan dan skop audit supaya membolehkan anda memahami sebab soalan diberikan serta menyalurkan jawapan yang tepat. Bila anda memahami tujuan audit, anda boleh membantu samada menyalurkan maklumat yang relevan ataupun jika anda bukan sumber terbaik maklumat yang diperlukan, anda boleh menunjukkan juruaudit kepada individu atau pejabat yang betul. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keraguan mengenai maklumat yang dipinta, adalah bersesuaian untuk anda membincangkan keraguan tersebut dengan Ketua Juruaudit.
Audit Dalam
Ditubuhkan berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1979 dan pelaksanaan Audit Dalam berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Bil. 3/1998 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Jawatankuasa Audit (JKA) secara berkala mengadakan semakan dan penilaian kualiti ke atas fungsi Audit Dalam dan JKA akan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah Universiti tentang prestasi dan pematuhan Audit Dalam. Aktiviti dan fungsi Pejabat Audit Dalam adalah tertakhluk kepada Garis Panduan dan Standard Pengauditan Malaysia.
Setiap individu di dalam Universiti mempunyai peranan dalam keberkesanan kawalan dalaman. Ketua Pengurusan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan dan pengawalan dana yang diamanahkan. Pihak Pengurusan Tertinggi adalah bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah yang mana menjalankan tadbir urus dan pengawasan. Sementara Jawatankuasa Audit bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyelia sistem kawalan kewangan dan pentadbiran di Universiti. Ketua Jabatan pula bertanggungjawab ke atas sistem kawalan dalaman di jabatan masing-masing. Setiap orang perlu tahu bahawa kawalan dalaman mesti diberi perhatian serius. Oleh kerana semua kakitangan akan menghasilkan maklumat yang membawa kesan ke atas sistem kawalan dalaman, maka mereka perlu berbincang dengan pihak pengurusan mengenai sebarang masalah dalam pengoperasian, ketidakpatuhan ke atas polisi-polisi Universiti atau pelanggaran lain-lain polisi dan aktiviti yang tidak sah.
Audit Dalam boleh membantu jabatan / PTj mencapai objektifnya melalui perkara berikut :-
a) Meningkatkan pengurusan kawalan dalaman kepada Jabatan / PTj.
b) Membantu Jabatan / PTj mengenalpasti kelemahan serta amalan yang bercanggah dengan peraturan semasa dan seterusnya memberi syor penambahbaikan bagaimana sesuatu isu dapat diselesaikan.
c) Membantu Jabatan / PTj meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan.
Pejabat Audit Dalam boleh dihubungi di talian am 06 - 270 1507 atau e-mel