BIDANG TUGAS PEJABAT AUDIT DALAM
Pejabat Audit Dalam bertanggungjawab menilai sistem kawalan dalaman dan tadbir urus Universiti melalui pelaksanaan audit yang menyeluruh, merangkumi aspek-aspek berikut:
- PENGAUDITAN DAN PEMATUHAN
- Audit Pematuhan : Memastikan setiap operasi selaras dengan akta, dasar, polisi, peraturan, serta arahan prosedur yang berkuat kuasa.
- Audit Kewangan : Menilai integriti penyata kewangan, sistem perakaunan, pengurusan aset, dan maklumat kewangan secara holistik.
- Audit Prestasi: Memastikan aktiviti, program, dan projek Universiti diuruskan secara berhemat (economy), cekap (efficiency), dan berkesan (effectiveness).
- Audit Khas: Melaksanakan pengauditan ke atas anak syarikat atau tugasan khas mengikut arahan Jawatankuasa Audit/Pihak Berkuasa Universiti (PBU).
- PERANCANGAN DAN PELAPORAN
- Rancangan Audit Tahunan (RAT): Menyedia dan mendapatkan kelulusan RAT serta melaporkan status pelaksanaannya secara berkala kepada PBU.
- Pelaporan Hasil Audit: Menyedia dan membentangkan Laporan Audit yang telus kepada pihak Auditi dan PBU untuk tindakan penambahbaikan.
- Pemantauan Tindakan Susulan: Melaporkan dan memantau maklum balas Auditi terhadap syor serta arahan yang telah dibangkitkan dalam laporan audit.
- Pelaporan Luar: Menyelaras dan menghantar Laporan Audit kepada Kementerian serta pihak berkepentingan yang berkaitan.
- PENGURUSAN MESYUARAT DAN PENYELARASAN
- Sekretariat Mesyuarat: Menguruskan perjalanan Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) dan Jawatankuasa Pengurusan Tindakan Audit (JPTA).
- Penyelarasan Audit Luar: Menyelaras laporan pengauditan yang dilaksanakan oleh pihak Audit Luar untuk makluman dan tindakan PBU.
B. PROSES AUDIT
Sesuatu pengauditan yang akan dijalankan oleh Audit Dalam adalah mengikut proses dan standard yang telah ditetapkan mengikut jenis pengauditan untuk membantu dalam mempertingkatkan kawalan dalaman dan tadbir urus yang baik di Universiti.
Proses Pengauditan
- Proses pengauditan merupakan aktiviti yang dilakukan oleh Juruaudit bermula dari perancangan, pelaksanaan dan pelaporan audit.
- Semua jenis pengauditan hendaklah melalui proses pengauditan yang ditetapkan kecuali Khas, Mengejut (dilaksanakan secara tiba-tiba) dan Susulan.
- Pengauditan Khas dan Mengejut (dilaksanakan secara tiba-tiba) tidak memerlukan perancangan awal tetapi proses pengauditan boleh dilaksanakan selepas menerima arahan daripada Kementerian/PBU.
- Pengauditan Susulan boleh dilaksanakan terus tanpa melalui proses pengauditan sepenuhnya.
C. JENIS PENGAUDITAN
- Audit Prestasi adalah untuk menilai sama ada sesuatu pengurusan PTj/program/aktiviti dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan berkesan untuk mencapai objektif yang ditetapkan dalam memenuhi misi dan visi Universiti.
- Audit Kewangan adalah untuk menilai pengurusan dan pelaksanaan urusan kewangan dan perakaunan Universiti memenuhi keperluan peraturan dan standard perakaunan yang ditetapkan.
- Audit Pematuhan adalah untuk menilai dan menentukan pelaksanaan operasi Universiti mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.