Skip to main content

LAWATAN KE UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)


ISNIN , 14 JULAI 2025
TANJUNG MALIM : Pejabat Audit Dalam, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Bahagian Audit Dalam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan mempelajari pelaksanaan sistem yang dibangunkan oleh BhAD UPSI, iaitu Sistem MyADIA. Sepanjang lawatan ini, para peserta berpeluang untuk menjalin hubungan profesional, berkongsi pengalaman, dan bertukar pandangan mengenai amalan terbaik dalam bidang audit dalaman.

Selain sesi taklimat dan perbincangan, pihak BhAD UPSI turut membawa para peserta melawat serta mengelilingi perkarangan UPSI untuk memberi gambaran yang lebih dekat tentang persekitaran serta kemudahan yang disediakan di universiti ini. Ini membolehkan para peserta memahami dengan lebih jelas operasi serta budaya kerja di UPSI, di samping memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua institusi.

Lawatan diakhiri dengan sesi menjamu selera bagi meraikan kehadiran para tetamu, sekaligus mengukuhkan silaturrahim dan memberi ruang untuk perbincangan dalam suasana santai. Diharapkan lawatan ini dapat memperkasakan sistem pengurusan audit dalaman serta mengeratkan kerjasama strategik antara UTeM dan UPSI.

Pejabat Audit Dalam, Canselori
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Aras 3, Sekolah Pengajian Siswazah
76
100 Durian Tunggal, Melaka.

Telefon : +606-270 1507
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kemas kini pada : 26 November 2025