Unit Audit Dalam (UAD) mula ditubuhkan pada Mac 2003 dengan mandat untuk memperkukuh sistem kawalan dalaman serta berfungsi sebagai persediaan strategik kepada pengauditan luar. Peranannya bukan sebagai pengganti audit luar, sebaliknya sebagai rakan strategik dalam memantapkan tadbir urus Universiti.
Setelah sedekad beroperasi, selaras dengan perkembangan dan keperluan organisasi, UAD telah dinaikkan taraf menjadi Pejabat Audit Dalam pada 4 Oktober 2013 melalui Pekeliling Pentadbiran Bilangan 44 Tahun 2013.