Skip to main content

SESI PERKONGSIAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PENGAUDITAN DALAM ZON SELATAN


ISNIN , 18 OGOS 2025
UTeM, DURIAN TUNGGAL : Sesi Perkongsian Pengetahuan dan Kemahiran Pengauditan Dalam Zon Selatan telah diadakan dengan jayanya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 18 Ogos 2025. Ketua Audit Dalam bersama staf dari empat Universiti Awam iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan UTeM berkumpul bagi saling bertukar pengalaman dan ilmu.

Sebelum sesi perkongsian dimulakan, para peserta dijemput untuk sesi menjamu selera yang memberi peluang untuk berkenalan dan mengeratkan hubungan silaturahim. Kemudian, En. Mohd Hary bin Ujang, Ketua Audit Dalam UTeM, memulakan sesi dengan berkongsi pengalaman beliau menggunakan kerangka kerja COSO dalam pengauditan di UTeM. Respon yang diterima amat positif, dan para peserta berharap supaya sesi perkongsian seperti ini dapat diadakan lebih kerap di kalangan Universiti Awam Zon Selatan.

Sesi perkongsian turut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Ketua Juruaudit sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan komitmennya sepanjang program berlangsung. Selepas itu, sesi bergambar kenangan yang melibatkan semua peserta bagi mengabadikan momen berharga sepanjang sesi tersebut. Sesi ini bukan sahaja melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan staf Audit Dalam Universiti Awam Zon Selatan, malah turut memupuk semangat kekeluargaan yang erat di kalangan mereka

Pejabat Audit Dalam, Canselori
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Aras 3, Sekolah Pengajian Siswazah
76
100 Durian Tunggal, Melaka.

Telefon : +606-270 1507
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kemas kini pada : 26 November 2025