Skip to main content

SOALAN LAZIM

1. Apakah maksud pengauditan?

Pengauditan adalah proses di mana individu yang kompeten, bebas mengumpul dan menilai segala bukti mengenai maklumat yang berhubung rapat dengan entiti ekonomi yang spesifik untuk tujuan mengenalpasti dan seterusnya melaporkan tahap pertalian di antara maklumat yang dikenalpasti dengan kriteria yang telah ditetapkan.

2. Apakah tujuan pengauditan dijalankan?

Pengauditan dijalankan untuk memastikan setiap organisasi mematuhi undang-undang dan peraturan serta memastikan tadbir urus organisasi mengikut amalan pengurusan yang terbaik. Selain itu, kerja pengauditan juga akan mendedahkan faktor atau elemen yang tidak mendorong kepada kecekapan, keberkesanan, dan ekonomi berhubung dengan kewangan.

3. Apakah skop pengauditan yang dijalankan?

Secara umumnya, skop pengauditan merangkumi keseluruhan aspek pengurusan di setiap organisasi termasuk kewangan, pematuhan dan prestasi. Secara khususnya, skop pengauditan adalah berkaitan dengan liputan audit, antaranya Pusat Tanggungjawab, kenalpasti lokasi, bahagian, aktiviti, proses, tempoh/ tahun pemilihan audit. Semua perkara ini adalah merujuk kepada tajuk pengauditan.

4. Apakah proses audit?
  1. Kerja-kerja Awalan
  2. Initial Conference
  3. Kerja-kerja Pengauditan
  4. Pertanyaan Audit
  5. Exit Conference
  6. Laporan Akhir
  7. Pembentangan Laporan Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit
  8. Pembentangan Kertas Makluman Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti
5. Berapa lama masa yang diambil untuk sesuatu pengauditan?

Audit berlangsung samada untuk beberapa hari sehingga beberapa bulan. Tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada skop auditan, kemudahan mendapat maklumat yang diperlukan, jumlah juruaudit yang ditugaskan untuk auditan tersebut dan kualiti perekodan auditi. Hubungan kerja yang positif di antara pelanggan dan juruaudit adalah faktor penting dalam ketepatan maklumat yang dikumpulkan dan penyelesaian auditan mengikut jangkaan masa yang ditetapkan.

6. Bagaimanakah anda boleh memberikan kerjasama terbaik kepada Juruaudit?

Setiap proses audit mempunyai skop dan objektif yang ditetapkan. Mana-mana juruaudit yang meminta maklumat daripada anda mestilah boleh menjelaskan tujuan dan skop audit supaya membolehkan anda memahami sebab soalan diberikan serta menyalurkan jawapan yang tepat. Bila anda memahami tujuan audit, anda boleh membantu samada menyalurkan maklumat yang relevan ataupun jika anda bukan sumber terbaik maklumat yang diperlukan, anda boleh menunjukkan juruaudit kepada individu atau pejabat yang betul. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keraguan mengenai maklumat yang dipinta, adalah bersesuaian untuk anda membincangkan keraguan tersebut dengan Ketua Juruaudit.

7. Apakah perbezaan antara Audit Dalam dan Audit Luar?

Audit Dalam
Ditubuhkan berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1979 dan pelaksanaan Audit Dalam berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Bil. 3/1998 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Melapor kepada Jawatankuasa Audit (JKA) dari segi fungsi audit.
Skop pengauditan ialah pengurusan, kewangan, prestasi, teknologi maklumat dan audit khas.
Memastikan pengurusan yang berkesan dan cekap.
Staf Audit Dalam terdiri daripada staf UTeM.
Pengauditan dijalankan secara berterusan dan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sijil Audit.
Audit Dalam ditubuhkan di bawah kuasa pentadbiran dan bertanggungjawab kepada Naib Canselor.

Audit Luar
Ditubuhkan dibawah Akta Audit 1957.
Melapor kepada Parlimen.
Skop pengauditan memberi tumpuan kepada penyata kewangan.
Memastikan ketetapan dan kesempurnaan laporan kewangan.
Staf Audit Luar terdiri daripada staf Jabatan Audit Negara.
Pengauditan dijalankan pada hujung tahun dan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sijil Audit.
Audit Luar ditetapkan oleh statut dan bertanggungjawab kepada Parlimen.
8. Siapakah yang akan menjalankan audit ke atas Pejabat Audit Dalam UTeM?

Jawatankuasa Audit (JKA) secara berkala mengadakan semakan dan penilaian kualiti ke atas fungsi Audit Dalam dan JKA akan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah Universiti tentang prestasi dan pematuhan Audit Dalam. Aktiviti dan fungsi Pejabat Audit Dalam adalah tertakhluk kepada Garis Panduan dan Standard Pengauditan Malaysia.

9. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kawalan dalaman?

Setiap individu di dalam Universiti mempunyai peranan dalam keberkesanan kawalan dalaman. Ketua Pengurusan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan dan pengawalan dana yang diamanahkan. Pihak Pengurusan Tertinggi adalah bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah yang mana menjalankan tadbir urus dan pengawasan. Sementara Jawatankuasa Audit bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyelia sistem kawalan kewangan dan pentadbiran di Universiti. Ketua Jabatan pula bertanggungjawab ke atas sistem kawalan dalaman di jabatan masing-masing. Setiap orang perlu tahu bahawa kawalan dalaman mesti diberi perhatian serius. Oleh kerana semua kakitangan akan menghasilkan maklumat yang membawa kesan ke atas sistem kawalan dalaman, maka mereka perlu berbincang dengan pihak pengurusan mengenai sebarang masalah dalam pengoperasian, ketidakpatuhan ke atas polisi-polisi Universiti atau pelanggaran lain-lain polisi dan aktiviti yang tidak sah.

10. Bagaimanakah Audit Dalam boleh membantu Jabatan / PTj mencapai objektifnya?

Audit Dalam boleh membantu  jabatan / PTj mencapai objektifnya melalui perkara berikut :-
a) Meningkatkan pengurusan kawalan dalaman kepada Jabatan / PTj.
b) Membantu Jabatan / PTj mengenalpasti kelemahan serta amalan yang bercanggah dengan peraturan semasa dan seterusnya memberi syor penambahbaikan bagaimana sesuatu isu dapat diselesaikan.
c) Membantu Jabatan / PTj meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan.

11. Bagaimanakah Pejabat Audit Dalam boleh dihubungi?

Pejabat Audit Dalam boleh dihubungi di talian am 06 - 270 1507 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. semasa waktu bekerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Anda juga boleh berhubung terus dengan staf yang berkenaan melalui talian telefon atau e-mel yang terdapat di direktori kami.

Pejabat Audit Dalam, Canselori
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Aras 3, Sekolah Pengajian Siswazah
76
100 Durian Tunggal, Melaka.

Telefon : +606-270 1507
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kemas kini pada : 26 November 2025