Unit Audit Dalam (UAD) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah ditubuhkan pada Mac 2003. Penubuhan unit ini bukan bertujuan untuk menggantikan audit luar sebaliknya adalah sebagai persediaan kepada audit luar. Selepas 10 tahun penubuhan, UAD dinaiktaraf menjadi Pejabat Audit Dalam (PAD) pada 4 Oktober 2013 melalui Pekeliling Pentadbiran Bilangan 44 Tahun 2013.
PAD diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memastikan kewujudan akauntabiliti dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan melalui pengauditan aktiviti dan kewangan di seluruh pusat tanggungjawab UTeM. Seterusnya Pejabat ini bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Naib Canselor dalam konteks UTeM.
Laporan hasil penemuan audit berhubung dengan penilaian aktiviti/program, pengurusan kewangan dan penyata kewangan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit untuk kelulusan. Seterusnya, laporan tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti untuk makluman.